Ternyata percubaan saya untuk melarikan diri dari semua kekalutan ini tidak berjaya. Semakin jauh saya berlari, semakin dekat pula kekalutan ini datang. Pikiran semakin runsing, jiwa semakin kacau dan ia benar-benar memporak peranda hidup saya skrang ini.
Laut sering menjadi tempat untuk saya menenangkan fikiran dari semua kerunsingan ini. Bunyi ombak dan tiupan bayu laut mendamaikan jiwa saya. Saya rasa amat tenang sekali sekiranya saya berada di tepi laut…melihat ombak dan bermain pasir menjadi tempat luahan saya. Dari dulu lagi saya sememangnya sukakan dengan laut.
Semakin jauh saya berlari daripada dia…semakin hampir saya kepada kebenaran yang belum tentu dapat saya hadapinya atau tidak. Saya takut menerima kabar dari dia….sememangnya saya da terlanjur jatuh kepada dia. Hati saya semakin sayang dengan dia. Walhal saya tahu bahawa dia mahu bersama dengan orang lain dan bukannya saya.
Sekarang ini saya cuba untuk mengawal semua itu. Saya cuba untuk tidak menyatakan kepada dia bahawa saya inginkan dia dan saya sayang dia. Kadang-kadang mahu saja saya telefon atau sms dia tuk meluahkan semua isi hati saya kepada dia namun semua itu saya pendam sahaja. Saya takut ia akan memburukkan lagi keadaan. Adakah aku obsess dgn dia?....jawapan tuk persoalan ini YA..
Aku keliru….aku takut….takut kepada REJECTION…
Keliru & Takut
Untung bah org yg dapat ko ni dam ;) what can I say, rugi si dia for not choosing you! try your best and get the best for yourself..stop pretending accept rejection!! ya memang sakit! but if you always look for the same close door, maybe you would lost something priceless behind the other open door~ Who knows maybe God have something special for you :)
ReplyDeleteHave a nice day and GB :)<3
Ada kebaikan dan ada juga keburukan sia ni.....lebih kepada keburukan sia rasa...huhuhuhu...paksa makan hati n berulamkan jantung la sesiapa yg jadi lover sia ni....hahahahahaha...
Delete