Pages

Sunday 20 May 2012

Journal # 22

Hari yang dinanti nanti selama ini telah tiba. Pertama kali bertemu dari mata ke mata. Buat pertama kali juga tangan ini menyentuh dia. Jantung terasa berdebar sewaktu menanti hari kelmarin. Lagi kencang pabila waktu dan detik itu tiba.

Ternyata dia sangat berlainan daripada yang aku sangkakan. Jauh lebih baik daripada yang bermain di dalam pikirian ku sebelum ini. Ternyata dia ganteng dan semua perbuatan serta pertuturannya menarik perhatian saya. mahu saja aku pegang tangannya dan ucapkan bahawa aku sememangnya punya perasaan yang sangat dalam sama dia.

walaupun pertemuan yang singkat semalam namun ia suda memadai untuk mengubat rindu yang ingin ketemu dengan dia.

Im so happy

Love & Faith...Always

Saturday 5 May 2012

Journal # 21

Hati aku kembali berdebar kencang kebelakangan ini. Teringat tentang dia membuatkan hati ini mula 'tersenyum'. Aku takut dengan perasaan yang ku lalui sekarang ini. Aku takut ia akan berhenti dipertengahan jalan kerna aku tahu dia sudah berpunya. Bagaimana harus aku mengelak?.....Haruskah aku mengelak?....Haruskah aku menyatakan perkara yang sebenar?.....aku buntu dan keliru.....saya semakin selesa dengan dia sekarang ini....
arghhhh......sangat-sangat risau dan keliru......aku sememangnya sangat sayang dengan dia....tapi semua suda terlambat kerana aku pernah 'lari' dari dia suatu ketika dahulu. Sekarang ini saya hanya mampu melihat kebahagian dia dari jauh.....Dia sentiasa nombor satu dalam hati saya sejak kali pertama kami berkenalan....

Love & Faith