Saya ini terlalu susah untuk dikawal. Sering bertindak di luar kawalan. Semakin dikongkong semakin 'menjadi'. Saya tahu dia seorang yang baik dan sangat memahami dengan diri saya ini. Tetapi sejauh mana dia memahami diri ini saya sendiri tidak tahu. Apakah dia sering makan hati?.....atau dia memendam perasaan semata-mata nak tengok saya gembira?...
Ternyata dia masi menaruh harapan terhadap saya...walau bagaimana saya sakiti hati dia supaya dia melupakan saya namun semua itu tidak berjaya. Semakin hari semakin sayang rupanya dia terhadap saya. Dia tahu mengapa saya buat sedemikian dan mengapa saya sering melukakan hati dia...dia faham semua ini. Malah dia sendiri mengatakan bahawa dia tidak akan mengalah......
Bagai manakah harus saya hentikan semua ini?....walau saya sudah berterus terang dengannya namun jawapan tetap sama yang saya terima.. berbaloi kah semua ini?.....
Love & Faith
No comments:
Post a Comment