Pages

Wednesday, 11 April 2012

Journal # 20

Beberapa hari yang lalu saya menerima sms dari seorg kawan. Sms tersebut membuatkan fikiran saya kacau dan perasaan turut berkecamuk. Seingat saya, hubungan kami telah berhenti begitu sahaja kerana saya tidak dapat meneruskannya lagi. Dia terlalu baik untuk saya. saya tidak mahu dia terluka oleh kerna saya.

Saya ini terlalu susah untuk dikawal. Sering bertindak di luar kawalan. Semakin dikongkong semakin 'menjadi'. Saya tahu dia seorang yang baik dan sangat memahami dengan diri saya ini. Tetapi sejauh mana dia memahami diri ini saya sendiri tidak tahu. Apakah dia sering makan hati?.....atau dia memendam perasaan semata-mata nak tengok saya gembira?...

Ternyata dia masi menaruh harapan terhadap saya...walau bagaimana saya sakiti hati dia supaya dia melupakan saya namun semua itu tidak berjaya. Semakin hari semakin sayang rupanya dia terhadap saya. Dia tahu mengapa saya buat sedemikian dan mengapa saya sering melukakan hati dia...dia faham semua ini. Malah dia sendiri mengatakan bahawa dia tidak akan mengalah......

Bagai manakah harus saya hentikan semua ini?....walau saya sudah berterus terang dengannya namun jawapan tetap sama yang saya terima.. berbaloi kah semua ini?.....



Love & Faith